Sunday, February 27, 2011

Apa Nak Jadi?

Salam 1 Malaysia,

Mari bincang mengenai masalah remaja-remaja pada masa ini.
Adakah remaja masa ini dengan remaja masa dulu masih terdapat persamaan?
Masihkah remaja masa ini takut akan apa-apa dihadapannya?
Kekadang tu, tertanya-tanya juga. Tahu kenapa?
Remaja masa ini lebih masa untuk membuat benda yang tidak sepatutnya remaja lakukan. Tapi, bukan hanya golongan "remaja" malahan golongan "awal remaja" pun sudah menunjukkan belangnya. Mungkin golong "awal remaja itu merasakan mereka sudah tahu segalanya, keputusan di tangan mereka.
Apa yang menyedihkan, terdapat golongan "awal remaja" ini terjebak dengan Pil-pil, dadah dan sebagainya.
Nak dikatakan tidak dihantar ke sekolah, bersekolah. Nak dikatakan tidak ada didikan agama, pun tidak mungkin juga.
Klik SINI untuk keratan akhbar mengenai golongan Remaja yang terlibat dalam pengambilan PIL.

Saya mengharapkan pembaca-pembaca sekalian dapat terbuka minda, dan cuba memikirkan apakah tindakan yang wajar untuk menjauhi golongan "awal remaja" & "remaja" kita dari melakukan perkara seperti itu.
Lagi pula, golongan-golongan ini juga yang akan meneruskan perjuangan negara selepas ini.

Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment