Sunday, February 6, 2011

Kura-kura dengan Arnab

Pada suatu hari, seekor arnab mentertawakan seekor kura-kura yang bergerak perlahan. Si kura-kura itupun menjadi marah. Terdorong oleh sifat marahnya itu, dia pun mencabar si arnab untuk berlumba lari. Si arnab berguling-guling ketawa. Di dalam kepalanya, si kura-kura ini barangkali sudah hilang akal. Tetapi si arnab menerima juga cabaran si kura-kura.
Lalu mereka pun berlumba lari. Tanpa perlu mengerah tenaga, si arnab membiarkan si kura-kura berlari mendahului si arnab. Sangat jauh sehinggakan bayang si kura-kura itu pun langsung tidak dapat dilihatnya. Merasakan tiada keseronokan untuk menamatkan perlumbaan dengan segera, si kura-kura pun berasa sangat hebat, kerana telah berlari mendahului si arnab dan  mengambil keputusan untuk berehat seketika di bawah sepohon pokok yang rendang tidak berapa jauh dari garisan penamat. Tidak lama kemudian, si kura-kura itu terus lena sambil bersandar di perdu pokok.
Tidak sampai lima minit kemudian barulah kelihatan si arnab itu. Dengkuran si kura-kura bagaikan pukulan gendang semangat ke telinga si arnab yang panjang. Garisan penamat hanya beberapa meter di hadapan. Sepuluh langkah ke hadapan, si arnab bersorak riang. Si kura-kura yang terjaga dek sorakan itu bingkas bangun. Dengan pantas si kura-kura meluru ke garisan penamat tetapi ketika itu, si arnab sudahpun menari keriangan.


No comments:

Post a Comment