Sunday, March 6, 2011

Bilik Air

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia.

Bagaimana tahap kebersihan diri anda? Adakah anda merasakan anda sudah cukup bersih pada masa ini? Bilik tidur anda pula bagaimana? Bersih ke tidak? Begitu juga dapur anda. Tempat anda menjamu selera, memasak dan sebagainya.
Tetapi, hari ini saya ingin membincangkan tahap kebersihan bilik air. Adakah bilik air yang setiap hari anda masuk dari pagi sampai ke malam itu bersih? Sebersih mana?
Adakah bilik air anda seperti ini?


Perlukah bilik air anda sebersih ini? Kalau difikirkan, kita memang suka kalau bilik air kita sebersih ini. Tahu kenapa?
Jawapannya mudah je. "Mestilah saya inginkan bilik air saya sebersih ini, sebab bilik air ini BERSIH".
Itu kalau kita ini orang mewah dan boleh memiliki bilik air sebersih ini.

Walaubagaimanapun, kebersihan tandas itu amat penting. Kebersihan dari segi apa pula?
1. Mangkuk Tandas
2. Singki
3. Dinding
4. Lantai

Kenapa pula mesti bersih keempat-empat benda di atas pula?
1. Sudikah anda duduk atas Mangkuk Tandas yang kotor? Cuba anda imaginkan anda pergi ke tandas awam.
2. Bagaimana pula dengan Singki yang kotor? Rasanya, mencuci tangan dan mencuci muka pun dah tidak ada selera dah.
3. Dinding pula, Wah!! Kuatnya kesabaran anda melihat Dinding yang kotor sambil mandi. Tidak tergerakkah hati anda mahu mencuci kotoran pada Dinding itu?
4. Ohho! Lantai pula. Kalau Lantai bilik air kotor apa akan jadi? Lantai akan jadi licin. Siapa yang akan tergelincir kelak? Semestinya, tuan punya bilik air kan?

Rumusannya, apa yang paling penting sekarang ini, tandas kita perlu seperti ini.


Senangkan? Janji senang mata memandang. Kebersihan itu perlu diutamakan. Tidak perlu mewah.

No comments:

Post a Comment