Tuesday, August 24, 2010

Mari, mari sama-sama buat.

24 Ogos 2010
Hari ini, ada seorang kawan yang bekerja di PPD Sibu berkongsi idea mengenai cara mengatasi masalah kenakalan murid-murid di sekolah tanpa perasaan marah dan slumber jer.

Situasi 1
Murid-murid : Cikgu, dia baling saya guna pemadam.
Cikgu : Heyy awak, mari sini.. Siapa lagi ada membaling pemadam??
Murid-murid : Dia pun ada cikgu.
Cikgu : Hahh, awak semua (pembaling pemadam) berbaris di situ. Ya, murid-murid sekalian, mari kita baling mereka ini guna pemadam bersama-sama. Masih nak baling kawan lagi tidak?
Yang kena hukum : Tidak akan buat lagi cikgu. Minta maaf kawan-kawan.

Situasi 2
Sebelum cikgu masuk kelas, cikgu ternampak seorang pengawas yang tengah mengawas kelas. Pengawas itu berlari-lari bersama-sama dengan rakan-rakannya dalam kelas dengan riangnya. Cikgu memerhati dari tingkap sahaja dengan senyap.
Murid-murid : Cikgu oii... Cikgu.....
Murid-murid semua kembali ke tempat duduk.
Cikgu : Wahh.... Siapa yang berlari-lari tadi?? Riangnya awak hari ini. Mari sini awak.
Pengawas : Ya cikgu.
Cikgu : Tanggalkan tali leher awak.
Cikgu itu terus menggantung tali leher itu dekat atas papan hitam.
Cikgu : Siapa lagi yang ikut kawan ini berlari-lari tadi?
Murid-murid : Dia ada cikgu..
Cikgu : Hahh, mari sini awak semua (murid yang berlari). Nampak tidak kaki lima sepanjang blok kelas ini? Cikgu mahu awak semua (murid yang berlari) berlari ulang alik 6 kali tanpa berhenti sepanjang kaki lima ini. Pergi lari!!
Selepas 6 kali berlari ulang alik, mereka semua keletihan.
Cikgu : Hahh, awak semua (murid yang berlari) mahu berlari-lari lagi dalam kelas semasa ketiadaan cikgu di dalam kelas?
Murid yang berlari : Tidak akan buat lagi cikgu. Maafkan kami cikgu.

Situasi 3
Cikgu sedang mengajar di hadapan. Tiba-tiba ada murid datang ke depan.
Murid : Cikgu, saya mahu ke tandas.
Tidak sempat cikgu itu mengatakan "ya", murid yang mahu ke tandas itu dah lari keluar kelas.
Tidak lama kemudian, murid itu kembali.
Murid : Cikgu, boleh saya masuk?
Cikgu itu buat-buat tidak tahu dan terus mengajar.
Cikgu : Murid-murid sekalin, ada dengar bunyi suara orang kah?
Murid lain : Tidak ada cikgu.
Murid : Cikgu, boleh saya masuk?
Murid itu terus merayu cikgunya.

No comments:

Post a Comment