Thursday, August 26, 2010

Broadband

26 Ogos 2010
Broadband

Broadband adalah salah satu peralatan kelengkapan ICT dan peralatan yang sangat berguna pada masa ini. Peralatan ini membolehkan kita melayari internet tanpa perlu sambungan kabel telefon seperti yang pernah kita buat pada zaman sebelum wujudnya kecanggihan tanpa wayar ini. Peralatan ini boleh didapati di mana-mana sahaja dan terdapat pelbagai model dikeluarkan oleh pembekal. Setakat ini, broadband yang sedia ada di Malaysia ini menggunakan signal Celcom, DiGi, dan Maxis. Memandangkan peralatan ini sangat berguna, syarikat komunikasi menyediakan pakej-pakej untuk pengguna sama ada menggunakan yang “Pre-Paid” ataupun yang “PostPaid”. RM48 adalah harga minimum bagi yang “PostPaid” dan RM100++ maksimum. Penggunaannya adalah tidak ada had.

Persoalannya, mengapa masih orang yang tergolong dalam golongan yang lebih mampu tidak mampu memiliki sebuah broadband? Sebaliknya masih terus bergantung harap dengan broadband orang lain. Pada masa yang sama, pemilik broadband tersebut terpaksa menangguhkan kerja dan bagi peluang orang lain menggunakan broadbandnya.

Sekiranya memang tidak mampu untuk memiliki sebuah broadband peribadi, mustahil di tempat kerja itu tidak ada talian internet. Bukan kita kedekut, tetapi fikirkan kenapa orang membuat muka jikalau kita asyik meminjam barang keperluan orang lain. Lebih-lebih lagi, sekiranya pemilik broadband itu baru sajaha membayar bil penggunaannya. Pemilik broadband akan berasa rugi secara tidak langsung disebabkan banyak diguna oleh orang lain berbanding pemilik itu sendiri.

No comments:

Post a Comment