Monday, August 30, 2010

Bubur Lambuk


Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.
Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku. Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala kerepok keping mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa.

30 Ogos 2010
Yeay... hari ini dapat bubur lambuk. Jabatan Penerangan yang mengagihkan bubur lambuk kepada warga Wisma Persekutuan Sibu.
Kali pertama diberi bubur lambuk.

Thursday, August 26, 2010

Broadband

26 Ogos 2010
Broadband

Broadband adalah salah satu peralatan kelengkapan ICT dan peralatan yang sangat berguna pada masa ini. Peralatan ini membolehkan kita melayari internet tanpa perlu sambungan kabel telefon seperti yang pernah kita buat pada zaman sebelum wujudnya kecanggihan tanpa wayar ini. Peralatan ini boleh didapati di mana-mana sahaja dan terdapat pelbagai model dikeluarkan oleh pembekal. Setakat ini, broadband yang sedia ada di Malaysia ini menggunakan signal Celcom, DiGi, dan Maxis. Memandangkan peralatan ini sangat berguna, syarikat komunikasi menyediakan pakej-pakej untuk pengguna sama ada menggunakan yang “Pre-Paid” ataupun yang “PostPaid”. RM48 adalah harga minimum bagi yang “PostPaid” dan RM100++ maksimum. Penggunaannya adalah tidak ada had.

Persoalannya, mengapa masih orang yang tergolong dalam golongan yang lebih mampu tidak mampu memiliki sebuah broadband? Sebaliknya masih terus bergantung harap dengan broadband orang lain. Pada masa yang sama, pemilik broadband tersebut terpaksa menangguhkan kerja dan bagi peluang orang lain menggunakan broadbandnya.

Sekiranya memang tidak mampu untuk memiliki sebuah broadband peribadi, mustahil di tempat kerja itu tidak ada talian internet. Bukan kita kedekut, tetapi fikirkan kenapa orang membuat muka jikalau kita asyik meminjam barang keperluan orang lain. Lebih-lebih lagi, sekiranya pemilik broadband itu baru sajaha membayar bil penggunaannya. Pemilik broadband akan berasa rugi secara tidak langsung disebabkan banyak diguna oleh orang lain berbanding pemilik itu sendiri.

Tuesday, August 24, 2010

Mari, mari sama-sama buat.

24 Ogos 2010
Hari ini, ada seorang kawan yang bekerja di PPD Sibu berkongsi idea mengenai cara mengatasi masalah kenakalan murid-murid di sekolah tanpa perasaan marah dan slumber jer.

Situasi 1
Murid-murid : Cikgu, dia baling saya guna pemadam.
Cikgu : Heyy awak, mari sini.. Siapa lagi ada membaling pemadam??
Murid-murid : Dia pun ada cikgu.
Cikgu : Hahh, awak semua (pembaling pemadam) berbaris di situ. Ya, murid-murid sekalian, mari kita baling mereka ini guna pemadam bersama-sama. Masih nak baling kawan lagi tidak?
Yang kena hukum : Tidak akan buat lagi cikgu. Minta maaf kawan-kawan.

Situasi 2
Sebelum cikgu masuk kelas, cikgu ternampak seorang pengawas yang tengah mengawas kelas. Pengawas itu berlari-lari bersama-sama dengan rakan-rakannya dalam kelas dengan riangnya. Cikgu memerhati dari tingkap sahaja dengan senyap.
Murid-murid : Cikgu oii... Cikgu.....
Murid-murid semua kembali ke tempat duduk.
Cikgu : Wahh.... Siapa yang berlari-lari tadi?? Riangnya awak hari ini. Mari sini awak.
Pengawas : Ya cikgu.
Cikgu : Tanggalkan tali leher awak.
Cikgu itu terus menggantung tali leher itu dekat atas papan hitam.
Cikgu : Siapa lagi yang ikut kawan ini berlari-lari tadi?
Murid-murid : Dia ada cikgu..
Cikgu : Hahh, mari sini awak semua (murid yang berlari). Nampak tidak kaki lima sepanjang blok kelas ini? Cikgu mahu awak semua (murid yang berlari) berlari ulang alik 6 kali tanpa berhenti sepanjang kaki lima ini. Pergi lari!!
Selepas 6 kali berlari ulang alik, mereka semua keletihan.
Cikgu : Hahh, awak semua (murid yang berlari) mahu berlari-lari lagi dalam kelas semasa ketiadaan cikgu di dalam kelas?
Murid yang berlari : Tidak akan buat lagi cikgu. Maafkan kami cikgu.

Situasi 3
Cikgu sedang mengajar di hadapan. Tiba-tiba ada murid datang ke depan.
Murid : Cikgu, saya mahu ke tandas.
Tidak sempat cikgu itu mengatakan "ya", murid yang mahu ke tandas itu dah lari keluar kelas.
Tidak lama kemudian, murid itu kembali.
Murid : Cikgu, boleh saya masuk?
Cikgu itu buat-buat tidak tahu dan terus mengajar.
Cikgu : Murid-murid sekalin, ada dengar bunyi suara orang kah?
Murid lain : Tidak ada cikgu.
Murid : Cikgu, boleh saya masuk?
Murid itu terus merayu cikgunya.

Monday, August 23, 2010

Perjumpaan FT Daerah Sibu Di Paramount??

15 Ogos 2010; 10.31 pagi
Telefon berbunyi..... SMS masuk.....
Ooo.... sms dari kawan.... sama FT.....
Agak terkejut juga apabila membaca isi SMS tersebut, masih tertanta-tanya.


"Ya kah?" Bercakap sendiri......


Mesejnya : Ada p'jmpaan semua ft sibu dkt hotel paramount sibu pukul 1.45 tghari harap semua hadir.tlg hebahkan. sy hnya menyampaikan jgn tanye soalan.


"Sejak bila pula pengerusi FT Sibu buat perjumpaan kat Hotel?? Sik tauk pun.... Biasa molah kat SB Gateway jak." Bercakap sendiri lagi. Just ignore jak mesej itu.
Tapi hati ini masih tidak berpuas hati terus bertanya kepada seorang kawan FT juga dan terus SMS kawan itu.


"Ada sik kawan kita SMS kitak pasal perjumpaan FT Sibu dekat Paramount Hotel? Pergi sik kitak?"


Kawan balas : Ada, xtauk juak. Pg jak


"Mmmm... Mok ya hal ya nak?? Pergi sik??"


Kawan balas : Xkali, g jak.. mun hal ya lak. blt gk lh


"Tapi, mek rasa hal ya lah.... Malas mek mok g ehh.."


Kawan balas : hahaha....


Hampir pukul 1 tengah hari, hati masih lagi tertanya-tanya. Terus melayari FB.... Kebetulan, terjumpalah satu Event yang dicadangkan untuk menghadiri sebuah perjumpaan dari seorang kawan FT jugak.


Kawan FT (Nama dirahsiakan)

Tajuk Event (Rahsia)
ABC is an international direct selling company, trading under the brand name of ABC to offer innovative lifestyle and wellness products through a global sales force of Independent Representatives.

Makinlah berasa pelik, dah lah Event itu berlansung pada jam 2.00pm dan bertempat di Paramount Hotel, Sibu pada hari yang sama.
Sah!!! Memang bukan perjumpaan FT tok!!!
Apalagi, terus ambik HP dan SMS kawan.

"Dah mek sangka dah.... Memang hal ya ehhh!! Nasib sik tertipu ehh!!"

Kawan balas : Yakh.. ku rasa pia juak. ya ku xpg.

Persoalanya, perlukan buat pengumuman palsu?? Tidak bolehkah berterus terang?? Perlukah menggunakan nama komuniti?? Hairan betul!!
Kalaulah suatu hari nanti org buat perkara yang sama, apa awak rasa?

Selamat Hari Raya

23 Ogos 2010
Wow!!!! PPD Sibu dah hias ruangan PPD Sibu dengan ketupat serta lampu kelip-kelip. Sudahlah dimeriahkan dengan 5S, dimeriahkan lagi dengan bendera-bendera yang digantung semperna Bulan Kemerdekaan.
Wahh... Meriahlah PPD Sibu ni. Best!!
Tak sabar nak beraya. Nak minta duit Raya... :P

Hari Yang Sangat Membosankan

23 Ogos 2010
Hari Isnin hari yang sangat membosankan. Hari ini tidak buat kerja sangat. Ketua Unit di PPD Sibu pun suruh saya berehat hari ini. Yes!! Tapi agak bosan gak, sebab tidak ada kerja. huhuhu..........

Sibu Banjir

22 Ogos 2010, Sibu
Ini kali pertama dalam sejarah di mana Banjir berlaku. Hujan yang turun lebat di kawasan hulu Batang Rajang mengakibatkan banjir di Daerah Song, Kanowit dan Sibu. Kawasan yang kena teruk banjir di Sibu adalah seperti Terminal Ekspress, Primier, Balai Bomba bandar, dan sekitar Jalan Pedada. Manakala di kawasan perkampungan juga turut dilanda banjir disebabkan pertembungan air sungai dari Hulu Batang Rajang hingga menyebabkan Sungai Igan dan Sungai Merah turut melimpah membanjiri penduduk kampung.
http://www.facebook.com/profile.php?id=1360441010&v=wall&ref=profile#!/video/video.php?v=1555093392870