Monday, April 4, 2011

Graduan Baru

6 Kesalahan Tidak Patut Dilakukan

Walaupun bos di mana-mana syarikat faham pekerja baru seperti anda memerlukan masa untuk mengadatasi dengan kerjaya, ini bukan bermakna mereka tidak membuat penilaian dari awal. Banyak perkara yang perlu anda pelajari, biarpun perkara ringkas seperti mengingat nama rakan sekerja yang lain hinggalah pengetahuan menganai syarikat. Pada masa yang sama terdapat tidak boleh anda lakukan sebagai seorang pekerja baru.

Gelaran graduan sudah di tangan, kini tiba masanya anda bersiap untuk menghadapi cabaran baru di dalam dunia kerjaya. Tetapi perlu berhati-hati kerana ada beberapa perkara penting yang sering diabaikan oleh "Fresh Graduate" ketika melakukan pekerjaan pertama mereka.

1. Tidak Mengambil Peduli Perkara Remeh
"Saya berkelulusan ijazah, jadi saya tidak perlu berurusan dengan perkara remeh-temeh". Anda silap!! Kebanyakan "Fresh Graduate" haruslah bermula dari peringkat bawah. Tidak kira apa jua kelulusan anda, cara terbaik untuk mempelajari sesuatu kerjaya adalah dengan merangkak dari bawah. Jika anda sudah melakukan tugasan ini dengan baik, pasti anda akan diberi tugasan yang lebih mencabar.

2. Berfikiran Sempit
Kita tahu kebanyakan para graduan yang baru melangkah ke alam pekerjaan mempunyai idea tersendiri. Mereka mempunyai pendapat yang pro atau kontra terhadap semua perkara, dan memegang teguh pada pandangannya itu. Sepatutnya di tempat kerja kita dituntut untuk mempertimbangkan segala pilihan yang ada. Perlu berikan pandangan dari sudut kebaikan dan keburukan.

3. Memandang Remeh Soal "Social Media"
Ramai "Fresh Graduate" malah pekerja yang sudah lama tidak memandang serius mengenai perkara ini. Mereka tidak memikirkan kesan penggunaan laman sosial Facebook dan Twitter mereka terhadap pekerjaan. Bukan sahaja boleh merosakkan imej profesionalisme, tetapi menggunakan "Social Media" dengan tidak bijak boleh membuat anda dibuang kerja.

4. Suka Menangguh Tugasan
Mungkin anda sudah terbiasa dengan menangguh-nangguh sesuatu kerja. Ketika masih di kuliah, sekiranya anda menangguhkan sesuatu tugasan sehingga melepasi "Deadline", hanya anda yang akan rugi. Sebaliknya berbeza di tempat kerja. Sikap suka menangguh-nangguh ini juga akan membuat tugasan orang lain tertunda atau terganggu. Maka imej anda di mata majikan akan rosak.

5. Tidak Bergaul Dengan Senior
Hal ini terjadi di mana-mana organisasi sekalipun. Biasanya para "Fresh Graduate" akan hanya duduk menyendiri di bangku mereka atau lebih bergaul dengan rakan sekerja yang seumur sahaja. Begitu juga apabila keluar makan tengah hari hanya bersama teman-teman seumur. Anda perlu tahu, sekiranya ingin "mendaki" kerjaya dengan lebih cepat, anda juga perlu bergaul dan berkomunikasi dengan para senior di tempat kerja anda.

6. Tidak Berterima Kasih
Tidak kira sekecil mana bantuan yang diberikan oleh rakan sekerja atau pihak atasan anda, jangan sesekali tidak atau lupa untuk mengucapkan terima kasih dengan tulus ikhlas. Sekiranya anda dikesan tidak peduli perkara ini, mungkin untuk masa-masa akan datang mereka akan berfikiran dua kali untuk membantu anda lagi.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita renungkan artikel di atas ini kerana iya membawa kebaikan kepada kita sebagai pekerja dan sesama rakan sekerja.

No comments:

Post a Comment